Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Tahun 2016

This slideshow requires JavaScript.

PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanakkanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai “ Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Di Kalangan Kanak-kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.

RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan , kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

OBJEKTIF

Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menjemput karaktor kartun tanahair yang terkenal iaitu Upin dan Ipin. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah. Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani. Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi. Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat serta berwibawa.

UCAPAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-59 “SEHATI SEJIWA”

PENDAHULUAN

Pihak sekolah akan mengajurkan sambutan bulan kemerdekaan dengan kerjasama daripada semua guru dan anggota sokongan sekolah.Pelbagai aktiviti akan dijalankan pada bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SJK ( C ) PHUI YUK bagi tahun 2016. Pihak  sekolah akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan.Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dariTahun 1 hingga Tahun 6 . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid, selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2016

This slideshow requires JavaScript.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SJK ( C ) PHUI YUK 2016

Program Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang afdhal dilaksanakan dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri yang mulia. Semoga segala ibadah dapat kita laksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seretusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Selain itu semoga Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga SJK ( C ) PHUI YUK dan menjalinkan silaturrahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga. Insyaallah.